Mar 18, 2012

1 Soal Jawab Mengenai IPG



Ada antara korang yang still tak tahu apa itu IPG, malah, apabila aku menyebut2 pasal IPG, ada yang ternganga besar sehingga boleh muatkan sebuah Airbus A380 dalam mulut mereka. Hehe.. IPG bukanlah pergerakan politik yang baru, tetapi ianya adalah singkatan drpd Institut Pendidikan Guru. Dahulu ianya dikenali sebagai maktab perguruan. Seiring dengan kemajuan arus pendidikan negara, IPG kini berkembang kepada 27 buah kampus di seluruh negara. Kepada mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi, berikut adalah kemungkinan soalan2 yang terpacul dari kepala otak korang tu mengenai IPG:



1. S: Apa fungsi IPG?
    J: Untuk melatih dan memberi bimbingan kepada guru-guru yang sedia ada dan bakal guru.
2. S: Apa beza maktab dengan IPG?
    J: Sama, cuma maktab dah lama dinaik taraf kepada IPG (tapi still ramai yang kat luar sana masih ingat maktab ni sediakan sijil dan diploma, padahal dah lama IPG keluarkan ijazah)

3. S: Bezakah antara IPG dgn IPT?
    J: Mungkin anda terkeliru dengan kedua2 singkatan ini (kerana ianya lebih kurang sahaja) tetapi kedua2nya ialah  pusat pengajian tinggi milik kerajaan namun, yang membezakan kedua-duanya ialah ianya IPG tidak berada dibawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tetapi dibawah Kementerian Pendidikan (KPM).

4. S: Oh, IPG ni ada kampus induk ke?
    J: Ya, IPG Kampus Induk berada di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

5. S: UPSI pulak macam mana? Adakah ianya berbeza dengan IPG?
    J: IPG menyediakan tempat untuk bakal2 guru sekolah rendah, manakala UPSI menyediakan tempat untuk bakal2 guru sekolah menengah. Untuk pengetahuan anda, UPSI dibawah KPT.

6. S: Apakah bidang2 yang disediakan oleh IPG? Tahap Phd ada tak?
    J: Setakat ini, IPG hanya menawarkan sijil, diploma dan ijazah sarjana muda sahaja.

7. S: Tak kenal lah IPG ni, logo ada tak?
    J: Ni logo dia:
















8. S: Ada tak lagu rasmi IPG?
    J: Ada, ni lirik dia:

Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta
Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa
Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi
IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang berakhlak mulia
Mendokong visi misi IPG


9. S: Macam tak best je masuk IPG, baik masuk IPT; UPM ke, UM ke, UiTM ke... Kalau masuk U, baru ada standard. Tak gitu?
   J: Apa ada pada nama? Semua IPT sama saja. Politeknik dan Kolej Komuniti semua ni IPT, tapi  nama je lain. 

10. S: Ok lah, nak masuk lah, tapi kalau dah graduasi boleh jadi apa?
    J: Guru. Tempat anda memang disediakan untuk menjadi guru selepas graduasi.

11. S: Berapa ramai boleh apply ke IPG?
      J: Tak ramai, pengambilan adalah terhad. Dan setiap pelajar akan disaring melalui temuduga dan ujian insak terlebih dahulu. (bukan senang2 masuk IPG ni, orang yang terpilih je..)

12. S:Apakah yang aku perlu lakukan sekarang?
     J: Pada 22 Mac nanti permohonan akan dibuka, sila beli kod pin untuk apply.

13: S: Kata2 terakhir?
     J: Majulah IPG untuk negara!

1 comment:

  1. kalau saya ada final exam time uckg tu boleh ke ditangguhkn ke hari yang lain?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...