Showing posts with label Dunia Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Dunia Pendidikan. Show all posts
Mar 18, 2012
1 Soal Jawab Mengenai IPG
Ada antara korang yang still tak tahu apa itu IPG, malah, apabila aku menyebut2 pasal IPG, ada yang ternganga besar sehingga boleh muatkan sebuah Airbus A380 dalam mulut mereka. Hehe.. IPG bukanlah pergerakan politik yang baru, tetapi ianya adalah singkatan drpd Institut Pendidikan Guru. Dahulu ianya dikenali sebagai maktab perguruan. Seiring dengan kemajuan arus pendidikan negara, IPG kini berkembang kepada 27 buah kampus di seluruh negara. Kepada mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi, berikut adalah kemungkinan soalan2 yang terpacul dari kepala otak korang tu mengenai IPG:
Mar 16, 2012
0 Maktab Perguruan Liverpool
Ramai diantara kita yang mengenali nama seperti Maktab
Perguruan Sultan Idris (kini dikenali sebagai UPSI) yang terkenal sebagai
maktab perguruan tertua Malaysia. Namun, mungkin ada juga yang tidak mengetahui
tentang sebuah maktab perguruan maktab pertama yang ditubuhkan di luar negara
yang dikenali dengan nama Maktab Kirkby. Maktab Kirkby ialah maktab perguruan
Malaya yang pertama ditubuhkan diluar negara iaitu di Kirkby, Liverpool, UK. Walaupun
begitu, MPSI masih kekal sebagai maktab perguruan tertua yang pernah ditubuhkan di Malaysia iaitu pada
tahun 1922. Malaysia Book Of Records telah memberi pengiktirafan kepada Maktab
Kirkby sebagai “maktab latihan guru dalam bahasa Inggeris yang pertama di
Malaya”. Maktab ini beroperasi selama 10 tahun (1952 - 1962) dan telah memberi
latihan perguruan kepada lebih 1,500 guru pelatih dan 405 pelatih guru.
Antara tokoh2 yang dilahirkan daripada maktab
ini ialah:
- Tan Sri Dr Yahaya sebagai pelopor
dan bekas pemimpin gabungan persatuan pendidikan tinggi swasta `(MAPCU =
Malaysian Association of Private Colleges and Universities),
- Tan Sri G. Vadiveloo sebagai wakil
rakyat dan bekas Yang Dipertua Dewan Negara (1992-94),
- Datuk Baharuddin Marji yang
terlibat dalam pengajuran Musabaqah Al-Quran sejak 1971 hingga sekarang,
- Sasterawan Negara Datuk Noordin
Hassan Tokoh Budayawan Negara terkenal dalam bidang teater,
- Dato Dr M. Thambirajah pengasas Sri Muragan Centre (NGO Pelajaran yang memberi tuisyen percuma kepada lebih 13,000 pelajar India yang miskin)
Subscribe to:
Posts (Atom)








