Mar 16, 2012

0 Maktab Perguruan Liverpool



Ramai diantara kita yang mengenali nama seperti Maktab Perguruan Sultan Idris (kini dikenali sebagai UPSI) yang terkenal sebagai maktab perguruan tertua Malaysia. Namun, mungkin ada juga yang tidak mengetahui tentang sebuah maktab perguruan maktab pertama yang ditubuhkan di luar negara yang dikenali dengan nama Maktab Kirkby. Maktab Kirkby ialah maktab perguruan Malaya yang pertama ditubuhkan diluar negara iaitu di Kirkby, Liverpool, UK. Walaupun begitu, MPSI masih kekal sebagai maktab perguruan tertua yang pernah ditubuhkan di Malaysia iaitu pada tahun 1922. Malaysia Book Of Records telah memberi pengiktirafan kepada Maktab Kirkby sebagai “maktab latihan guru dalam bahasa Inggeris yang pertama di Malaya”. Maktab ini beroperasi selama 10 tahun (1952 - 1962) dan telah memberi latihan perguruan kepada lebih 1,500 guru pelatih dan 405 pelatih guru.

Antara tokoh2 yang dilahirkan daripada maktab ini ialah:
  • Tan Sri Dr Yahaya sebagai pelopor dan bekas pemimpin gabungan persatuan pendidikan tinggi swasta `(MAPCU = Malaysian Association of Private Colleges and Universities),

  • Tan Sri G. Vadiveloo sebagai wakil rakyat dan bekas Yang Dipertua Dewan Negara (1992-94),

  • Datuk Baharuddin Marji yang terlibat dalam pengajuran Musabaqah Al-Quran sejak 1971 hingga sekarang,

  • Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan Tokoh Budayawan Negara terkenal dalam bidang teater,

  • Dato Dr M. Thambirajah pengasas Sri Muragan Centre (NGO Pelajaran yang memberi tuisyen percuma kepada lebih 13,000 pelajar India yang miskin)  
  • Dato K.N Nadarajah bekas duta Malaysia ke Moroko dan Iraq,

  • Zainal Arshad Zainul Abidin yang pernah menjadi Pengarah Jabatan Pelancongan (TDC) di England selama 10 tahun (1977-86)

  • Raju Nagalinggam sebagai Coach FIFA (bolasepak),

  • Mokhtar Daud antara pelopor penerbit di Radio Malaya pada tahun 1960-an hingga era RTM (ayah kepada Tan Sri Azman Mokhtar, Khazanah Negara).
Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai maktab ini sila mengunjungi sini dan sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...