Mar 18, 2012

0 21 Mac: Dunia tidak berakhir!

Tahniah bagi yang berjaya, yang gagal jangan putus asa!
Assalamualaikum.. aku tergerak hati pada kali ini untuk menaip entry pasal SPM. Bukan apa, aku hanya berkongsi pengalaman aku mengambil keputusan SPM pada suatu ketika dahulu. Memang gemuruh kita dibuatnya tatkala menjejakkan kaki ke sekolah lama kita setelah beberapa bulan bercuti.

Pasti ada dalam hati kita, 'Macam mana keputusan aku nanti?'.. atau.. 'Kalau aku dapat keputusan tak bagus, habis lah aku..' Kita semua tahu pada 21 Mac nnti ramai pelajar2 lepasan SPM akan mengambil keputusan masing2 kat sekolah mereka. Ada yang bersedih ada yang gembira, bagi yang berjaya, jangan menganggap anda sudah berjaya keseluruhannya, tapi teruskan usaha anda untuk berjaya pula kat universiti. Namun bagi yang tidak beberapa nak berjaya, jangan berputus asa, apa yang nak disedihkan krn mendapat keputusan yang tidak memuaskan? Itu bukan petanda anda gagal dalam kehidupan dan tidak bermakna masa depan anda gelap!  Sebenarnya, SPM ni bukanlah tiket utk berjaya dalam kehidupan. Keputusan SPM ni adalah satu tiket masuk ke dalam mana2 IPT atau mana2 pusat latihan yg lain. Selepas korang masuk dalam IPT, korang boleh dikategorikan sama level dengan pelajar2 lain dalam IPT tersebut. Masing2 bermula dgn zero. Sebab apa? Sebab dalam IPT nnti, penentu masa depan korang dalam U, sama ada kena tendang drpd U atau tak ialah mengikut CGPA korang sendiri. Kalau boleh di analogikan slip periksa SPM ni macam "setiap budak tadika keluar drpd tadika akan mendapat sijil tadika masing2, dan.. sijil tadika tersebut melayakkan budak tadika tersebut utk masuk sekolah rendah" Faham kan? Jadi jangan bersedih bagi yang tidak berjaya. Teruskanlah usaha untuk masa hadapan pulak ye!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...