Mar 13, 2012

0 Kenali kelab Manchester United yang baru!


Ok, entry kali ini aku nak mengetengahkan pasal ada satu kelab yang sedang meningkat naik tapi kelab ni ade kaitan dengan kelab yang terkenal dengan nama Red Devils, tapi takleh la nak disamakan dengan kelab Liga Super yang pakai nama 'Red' macam 'Red Warrior' (Kelantan) 'Red Giant' (Selangor). Fans Manchester United yang tau boleh baca artikel yang lain yang ada dalam blog picisan aku ni, bagi fans MU yang tak tau lagi teruskan membaca.
Logo FC United of Manchester
FC United of Manchester siap ada 'Asian Tour' dengan Bucheon 1995, Korea

Wajah2 girang penyokong FCUM
Kelab MU baru? Ha, kat UK sana, dah ada satu kelab yang sedang meningkat naik iaitu kelab FC United of Manchester (FCUM). Kelab ini ditubuhkan oleh fans2 MU sendiri gara2 tak puas hati dengan pengambilalihan MU oleh Malcolm Glazer seorang businessman yang berasal daripada US tu. Kelab ni takdelah baru sangat. FCUM ni ditubuhkan sejak 7 tahun lepas, iaitu pada tahun 2005, dan home stadium mereka terletak kat Gigg Lane Bury, Manchester. Kelab ini dimiliki sepenuhnya oleh fans2 MU sendiri dan pasukan ini sedang berada dalam Evo-stik League Northern Premier (kalau ikut sistem liga bolasepak Inggeris, liga ni berada di bawah liga EPL sebanyak 6 tangga liga, maksudnya 'adik' MU ni kena promoted dalam 6 jenis liga yang ada diatasnya kemudian baru boleh masuk ke EPL.. ni pun makan masa bertahun2). Tapi, fans MU yang ada share dalam FCUM ni masih setia gak dengan MU sebab ramai antara mereka yang ada tiket bermusim kat Old Trafford. Nak tau dengan lebih lanjut pasal 'adik' kelab MU ni, sila ke laman web rasmi  mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...